Produk Alfafa

Minuman Daun Alfafa
Tumbuhan alfalfa terkenal dengan nilai nutriennya yang tinggi. Ia mengandungi kandungan klorofil yang paling tinggi berbanding tumbuhan lain. Dalam bahasa Arab, alfalfa bermaksud “bapa kepada makanan” kerana unsur-unsur penyembuhannya yang kuat.  Ia sangat dikenali oleh masyarakat Timur Tengah sebagai herba yang amat mujarab merawat pelbagai penyakit. Akar rumput padang pasir ini tumbuh sangat dalam (90 hingga 100 kaki kebawah tanah) untuk menyerap pelbagai mineral. Alfalfa mengandungi empat kali ganda klorofil lebih dari sayur-sayuran lain. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsang kesihatan yang baik.

Orang China menggelarkan alfalfa sebagai Raja Herba. Ia adalah minuman kesihatan sepertimana spirulina, tongkat ali, ulam pegaga atau ginseng. Kandungan tambahan daun mulberry sangat mujarab untuk mencegah demam dan merendahkan panas badan. Mulberry dikenal sebagai bahan makanan ulat sutera, juga diketahui merupakan ramuan kuno ubat tradisional China untuk mengubati pengidap penyakit Diabetes. Sesuai diamal setiap hari untuk kesihatan/ketahanan tubuh yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan